Pengenalan / Sejarah Sekolah Sekolah ini telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dan mempunyai seramai 50 orang murid serta seorang guru yang bernama Encik Nayang. Tapak pertama sekolah ini terletak di sebuah tempat yang dipanggil Sikebus iaitu dalam kawasan Darul Iman. Sekolah ini berpindah ketempat baru yang berdekatan dengan Pasar Lama Tebedu dalam tahun 1956 dan kini merupakan salah sebuah sekolah yang berasrama di daerah Serian. Di awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai SRK Sikebus pada tahun 1950 dan ditukar nama kepada SRK Tebedu sejurus berpindah ketapak baru di Tebedu pada tahun 1956. Pada mulanya. sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tempatan sehingga 1973. Setelah itu di ambil oleh kerajaan dan ditukar nama kepada SRK Tebedu sebelum ditukar menjadi SK Tebedu sehingga ke hari ini. Keluasan kawasan SK Tebedu melibatkan sebesar 4 ekar untuk menempatkan kemudahan bangunan akademik, pentadbiran, makmal komputer, dewan makan/serbaguna, pra sekolah da...
SK Tebedu mepunyai dua buah blok bangunan akademik yang melibatkan Kelas tahun satu sehingga tahun enam, kelas Pendidikan Agama Islam, kelas J-qaf, Pusat Sumber Sekolah, Kelas Pemulihan dan Pusat Akses Internet. Manakala terdapat juga Dewan Serbaguna yang di gunakan sebagai Dewan makan bagi murid asrama, Makmal Komputer, 2 buah bangunan baru, Kelas Pendidikan Khas, dua buah Kelas Pra Sekolah, dua buah Asrama murid, empat unit Rumah Guru, Sebuah Rumah Guru Besar, Sebuah Setor untuk peralatan, padang untuk aktiviti luar dan sebagainya. Ini adalah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk memudahkan para pendidik di SK Tebedu untuk menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan dan selesa untuk anak-anak didiknya. Dengan adanya kemudahan seperti ini SK Tebedu mampu menjadi sebuah sekolah yang boleh bersaing potensi di antara sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dari segi Kurikulum mahupun Kokurikulum.
Comments
Post a Comment