SK TEBEDU



Pengenalan / Sejarah Sekolah


Sekolah ini telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dan mempunyai seramai 50 orang murid serta seorang guru yang bernama Encik Nayang.

Tapak pertama sekolah ini terletak di sebuah tempat yang dipanggil Sikebus iaitu dalam kawasan Darul Iman. Sekolah ini berpindah ketempat baru yang berdekatan dengan Pasar Lama Tebedu dalam tahun 1956 dan kini merupakan salah sebuah sekolah yang berasrama di daerah Serian.


Di awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai SRK Sikebus pada tahun 1950 dan ditukar nama kepada SRK Tebedu sejurus berpindah ketapak baru di Tebedu pada tahun 1956.


Pada mulanya. sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tempatan sehingga 1973. Setelah itu di ambil oleh kerajaan dan ditukar nama kepada SRK Tebedu sebelum ditukar menjadi SK Tebedu sehingga ke hari ini. Keluasan kawasan SK Tebedu melibatkan sebesar 4 ekar untuk menempatkan kemudahan bangunan akademik, pentadbiran, makmal komputer, dewan makan/serbaguna, pra sekolah dan pelbagai lagi kemudahan untuk memudahkan segala proses pengajaran dan pembelajaran.


Dengan berbekalkan tenaga pengajar yang berwibawa dan mempunyai cukup pengalaman di dalam dunia pendidikan mampu meningkatkan prestasi akademik Daerah Serian.









Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS SELAMAT DATANG GURU BARU