Posts

Showing posts from March, 2012

Pasarana di SK Tebedu

Image
SK Tebedu mepunyai dua buah blok bangunan akademik yang melibatkan Kelas tahun satu sehingga tahun enam, kelas Pendidikan Agama Islam, kelas J-qaf, Pusat Sumber Sekolah, Kelas Pemulihan dan Pusat Akses Internet. Manakala terdapat juga Dewan Serbaguna yang di gunakan sebagai Dewan makan bagi murid asrama, Makmal Komputer, 2 buah bangunan baru, Kelas Pendidikan Khas, dua buah Kelas Pra Sekolah, dua buah Asrama murid, empat unit Rumah Guru, Sebuah Rumah Guru Besar, Sebuah Setor untuk peralatan, padang untuk aktiviti luar dan sebagainya. Ini adalah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk memudahkan para pendidik di SK Tebedu untuk menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan dan selesa untuk anak-anak didiknya. Dengan adanya kemudahan seperti ini SK Tebedu mampu menjadi sebuah sekolah yang boleh bersaing potensi di antara sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dari segi Kurikulum mahupun Kokurikulum.

UCAPAN GURU BESAR

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Website SK Tebedu. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana diberi penghormatan untuk memberikan sepatah dua kata di dalam website Sk Tebedu. Sebenarnya saya sangat berbangga dan gembira kerana sekolah Sk Tebedu ini mempunyai Website Sekolah tersendiri yang tidak semua sekolah memilikinya. Kedudukan dan pasarana sekolah yang strategik dan menarik mampu menarik minat murid untuk meningkatkan prestasi didalam akademik mahupun ko-kurikulum. Kemudahan yang disediakan di sekolah ini amat lengkap dan bilangan kelas yang mencukupi mampu memberikan perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Tambahan pula barisan guru yang berpengalaman dan mempunyai keistimewaan serta kelebihannya yang tersendiri. Di sekolah Sk Tebedu ini mempunyai guru yang mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam dunia ICT lebih-lebih lagi yang melibatkan internet dan perisian data didalam PC. Selain daripada itu juga struktur bangunan

UCAPAN GURU PENYELARAS

Image
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, SK Tebedu telah berjaya mewujudkan halaman blog yang boleh dijadikan sebagai satu kejayaan dan peningkatan kita didalam dunia ICT. Selain daripada itu dengan adanya halaman blog ini mampu mempromosikan SK Tebedu di seluruh negara Malaysia. Berkat kegigihan dan usaha semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung saya ucapkan jutaan terima kasih terutama sekali kepada Guru Besar SK Tebedu Encik Osman Bin Bujang yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan Pembantu saya Encik Azim Bin Riffin ( Juruteknik ) dalam Unit ICT Sekolah untuk menghasilkan halaman Blog SK Tebedu. Di dalam halaman blog SK Tebedu ini pelbagai ruangan yang disediakan teruatama sekali kepada Ruangan Perkongsian Ilmu untuk guru-guru. Para Pelajar juga melihat ilmu tambahan yang terdapat didalam ruangan perkongsian ilmu yang akan di ubah suai mengikut keadaan semasa. Ruangan laporan aktiv

KEMUDAHAN

Image
Pejabat/Bilik Guru Bilik Guru dan Bilik Pejabat pusat sekolah yang menjadi induk kepada pengurusan dan komunikasi diantara guru-guru, kakitangan sokongan dan para pentadbir sekolah. Komunikasi yang berkesan adalah berasal dari persefahaman di antara satu sama lain. Justeru itu Pejabat pentadbiran dan bilik guru di gabungkan menjadi satu di dalam satu bumbung. Keadaan Luaran Bilik guru/Pejabat adalah sesuai dengan keadaan dan situasi kerana berdekatan dengan blok akademik dan kawasan aktiviti KK di mana ianya berada di tengah-tengah tapak sekolah. Kelengkapan yang ada di dalam bilik guru adalah 2 buah komputer di mana satu unit untuk pembantu tadbir dan satu unit penggunaan guru dan staf sokongan. Disamping itu juga hampir semua guru di beri hak untuk menggunakan Laptop. Ruang rehat dan Coffee Club juga adalah salah satu kemudahan yang ada di dalam bilik guru supaya guru dapat menjalankan tugas dengan semangat dan santai. Dengan kemudahan yang telah di sediakan, SK Teb