AKTIVITI HARIAN MURID / STAFF SK TEBEDU


Penggunaan Makmal komputer dijalankan dari jam 7.30 pagi sehingga 4.00 petang untuk semua murid sekolah termasuk murid sekolah berdekatan. Pada waktu malam makmal komputer dibuka kepada semua murid Sk Tebedu dari jam 6.30 petang sehingga jam 8.30 malam terutama kepada murid asrama Sk Tebedu. Setiap penggunaan komputer meja didalam makmal akan direkodkan didalam buku rekod penggunaan yang telah disediakan.
Penggunaan Komputer didalam makmal komputer akan diselia oleh Guru Penyelaras Bestari untuk sesi pagi hingga petang dan PPM dan Guru biasa untuk sesi malam. Jadual penggunaan ini digunakan disepanjang hari persekolahan tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti persekolahan.

Penggunaan pusat Akses pula dibuka serentak bersama jadual penggunaan komputer makmal komputer cuma corak penggunaannya adalah berbeza sedikit dimana penggunaannnya dibuka kepada orang awam dan jabatan-jabatan lain yang terdapat di persekitaran sekolah ini.

Selain daripada itu juga Makmal Komputer juga digunakan untuk Mesyuarat Guru Besar Peringkat Zon Tebedu, Mesyuarat AJK PIBG, Mesyuarat Bersama Pegawai Pelajaran Daerah Serian peringkat Zon Tebedu, Aktiviti Kursus Peningkatan diri murid seperti Program Managing Gred Student peringkat Zon dimana seramai 56 orang murid daripada pelbagai sekolah peringkat Zon telah mengambil bahagian dalam kursus tersebut.Kursus Managing Gred Student telah diadakan pada 9/8/2010 dari jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.

Selain daripada itu juga Sukan Tahunan sekolah juga diadakan setiap tahun dimana sebanyak empat buah rumah sukan bertanding untuk merebut juara rumah sukan setiap tahun.Rumah yang terlibat adalah seperti Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan rumah kuning...Salah satu acara yang menarik ialah acara lumba lari dalam guni yang disertai oleh murid Pra Sekolah dan murid Tahap Satu.

Pengubahsuaian Bilik Guru/Pejabat dilakukandari masa ke semasa untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pengurusan pentadbiran sekolah. Pengubahsuaian dilakukan Pembantu Am Rendah dan dibantu oleh pekerja swasta. Pengubahsuaian ini dilakukan demi keselesaan kerani sekolah dalam menjalankan tugas seharian.

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS SELAMAT DATANG GURU BARU

SK TEBEDU