UCAPAN GURU BESAR




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Website SK Tebedu. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana diberi penghormatan untuk memberikan sepatah dua kata di dalam website Sk Tebedu. Sebenarnya saya sangat berbangga dan gembira kerana sekolah Sk Tebedu ini mempunyai Website Sekolah tersendiri yang tidak semua sekolah memilikinya. Kedudukan dan pasarana sekolah yang strategik dan menarik mampu menarik minat murid untuk meningkatkan prestasi didalam akademik mahupun ko-kurikulum. Kemudahan yang disediakan di sekolah ini amat lengkap dan bilangan kelas yang mencukupi mampu memberikan perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Tambahan pula barisan guru yang berpengalaman dan mempunyai keistimewaan serta kelebihannya yang tersendiri. Di sekolah Sk Tebedu ini mempunyai guru yang mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam dunia ICT lebih-lebih lagi yang melibatkan internet dan perisian data didalam PC. Selain daripada itu juga struktur bangunan yang telah siap dibina menggalakkan lagi minat murid untuk menimba ilmu di sekolah ini.

Suasana harmoni dan kecekapan para guru di sekolah ini memberikan semangat saya untuk bersama-sama berganding bahu untuk memartabatkan kualiti hidup para pelajar dan semua warga Sk Tebedu.


Saya berdoa semoga usaha yang murni ini mampu dijadikan sebagai contoh kepada semua warga pendidik supaya sentiasa peka dengan perubahan dan sentiasa meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Saya sebagai Guru Besar di sekolah ini berazam untuk mencapai VISI dan MISI sekolah ini dengan harapan ianya akan terlaksana menjelang tahun 2015 yang akan datang.



Sekian, terima kasih


ENCIK OSMAN BIN BUJANG
Guru Besar
SK Tebedu

Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS SELAMAT DATANG GURU BARU

SK TEBEDU