KEMUDAHAN




Pejabat/Bilik Guru



Bilik Guru dan Bilik Pejabat pusat sekolah yang menjadi induk kepada pengurusan dan komunikasi diantara guru-guru, kakitangan sokongan dan para pentadbir sekolah. Komunikasi yang berkesan adalah berasal dari persefahaman di antara satu sama lain. Justeru itu Pejabat pentadbiran dan bilik guru di gabungkan menjadi satu di dalam satu bumbung.

Keadaan Luaran Bilik guru/Pejabat adalah sesuai dengan keadaan dan situasi kerana berdekatan dengan blok akademik dan kawasan aktiviti KK di mana ianya berada di tengah-tengah tapak sekolah.
Kelengkapan yang ada di dalam bilik guru adalah 2 buah komputer di mana satu unit untuk pembantu tadbir dan satu unit penggunaan guru dan staf sokongan. Disamping itu juga hampir semua guru di beri hak untuk menggunakan Laptop. Ruang rehat dan Coffee Club juga adalah salah satu kemudahan yang ada di dalam bilik guru supaya guru dapat menjalankan tugas dengan semangat dan santai.





Dengan kemudahan yang telah di sediakan, SK Tebedu berharap semua pendidiknya mampu meningkatkan komitmen dan kualiti kerja dari masa ke semasa.






Makmal Komputer

Makmal Komputer adalah sebuah bangunan yang berhawa dingin. Ianya di lengkapi dengan 12 buah komputer murid dan 1 buah komputer guru di ruang Amali. Selain daripada itu juga Makmal tersebut mempunyai sebuah bilik Penyelaras Bestari dan Juruteknik di mana segala urusan fail dan merekod adalah di dalam bilik tersebut manakala urusan penyelenggaraan di luar bilik tersebut.1 bilik stor adalah untuk kegunaan simpan barang yang rosak dan yang masih dalam penyelenggaraan. Makmal ini telah beroperasi pada tahun 2005 di mana peralatan mula di pasang pada tahun tersebut.

Makmal komputer ini bukannya sahaja di gunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran malahan aktiviti Ceramah Motivasi, Bengkel yang berkaitan dengan PPSMI juga dijalankan di sini. Aktiviti Guru seperti Kursus Dalaman, Mesyuarat Peringkat Sekolah dan Zon juga menjadi pilihan utama memandangkan keadaan situasinya yang sesuai dan aman daripada sebarang gangguan. Makmal Komputer ini telah di pertanggungjawabkan kepada En. Affizan Eady B. Hanafi (Guru Penyelaras) dan En. Mohd Azim B. Rifin (Juruteknik Komputer) .















PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah salah satu kemudahan yang utama di mana sumber ilmu di perolehi dari situ. Ianya di umpamakan sebagai gedung ilmu di mana segala aktiviti PSS di jalankan di sana termasuk sekali Program Nilam. Adik Nor Effazian memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Nilam Peringkat Negeri Sarawak menggunakan Pusat Sumber Sekolah ini sebagai gedung utama beliau dalam menimba ilmu. Beliau di bimbing oleh Pn. Dayang Roswita Binti Hj Abang Saadi di mana Puan Dayang adalah Guru Penyelaras Perpustakaan Dan 
Media SK Tebedu. Pusat Sumber SK Tebedu adalah salah sebuah sebuah Pusat Sumber yang terbaik di Daerah Serian yang mempunyai cara pengurusan yang lengkap dan kemas. Masa Perpustakaan ini di buka adalah bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 4.30 petang setiap hari kecuali hari cuti sekolah dan cuti Sabtu dan Ahad. Bilik Pusat Sumber Sekolah SK Tebedu dilengkapi dengan sebuah Komputer untuk meyimpan segala data Penggunaan Buku dan juga Rekod Pinjaman buku



DEWAN SRI MUHIBAH SK TEBEDU


Dewan Sri Muhibah SK Tebedu adalah pusat murid berkumpul untuk segala Majlis Perhimpunan sama ada perhimpunan harian mahupun perhimpunan khas. Selain daripada itu juga dewan serbaguna ini juga digunakan sebagai Dewan Makan bagi murid Asrama. Dewan Makan ini di Pertanggungjawabkan kepada 2 orang pegawai PPM, Penyelia Asrama dan 2 orang tukang masak. Dewan Sri Muhibah ini dilengkapi dengan meja dan kerusi makan, televisyen, pemain Video CD serta pentas untuk aktiviti murid. Dewan serbaguna ini selalunya digunakan untuk menjalankan aktiviti Motivasi murid tahun 6 di mana aktiviti Ceramah Motivasi di jalankan disana.





Dewan ini di lengkapi dengan dapur, Bilik Penyelia Asrama yang di lengkapi dengan sebuah Komputer untuk memudahkan pengurusan merekod keluar masuk bekalan peruntukan Asrama serta menyimpan rekod pengurusan murid.






PRA SEKOLAH


PRA SEKOLAH 1
Pra Sekolah SK Tebedu mempunyai 2 buah lekas iaitu Pra sekolah 1 dan Pra sekolah 2. Pra sekolah 1 di pertanggungjawabkan kepada Cik Petra Panung dan Pembantunya ialah Pn Sylvia. Manakala Pra 2 dipertanggungjawabkan kepada Pn Gladys Ak Batu dan Pembantunya ialah Pn. Sabariah. 



PRA SEKOLAH 2
Kelas Pra sekolah bermula jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi setiap hari persekolahan. Kedua-dua buah Pra Sekolah ini di beri kemudahan seperti Taman Permainan Kanak-kanak. Kelas Pra Sekolah 1 di bekalkan 2 unit komputer bertujuan untuk mendedahkan murid Pra Sekolah di dalam dunia ICT.





BILIK AGAMA / J-QAF

Bilik Agama dan bilik J-Qaf adalah bilik yang berasingan dimana bilik agama adalah untuk kelas agama yang seiring dengan pendidikan Moral dan Bilik J-Qaf adalah untuk aktiviti mengaji dan mempelajari Bahasa Arab.Tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan ialah Ustaz Wan Mohd Mawardi dan Ustaz Mohd Nazri. Untuk kelas Fardhu Ain yang dijalankan pada setiap hari Isnin dan Selasa pula dijalankan secara praktikal dan teori dijalankan di dalam Makmal komputer memandangkan aktiviti praktikal memerlukan ruang yang luas dan selesa terutama sekali aktiviti sembahyang secara berjemaah. Sebelum aktiviti kelas fardhu Ain dijalankan, sembahyang Zohor secara berjemaah akan di adakan dan sebelum aktiviti tamat,sembahyang asar secara berjemaah juga dijalankan.Segala aktiviti Agama Islam untuk kelas Fardhu Ain adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah di peruntukkan oleh Kementerian.
















Comments

  1. Info yang amat berguna. Semoga mau jaya di masa hadapan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS SELAMAT DATANG GURU BARU

SK TEBEDU