Posts

ROMBONGAN LAWATAN PENANDA ARAS TAHUN 2015

Image
DARI SEKOLAH DASAR ISLAM AL AZHAR 21,PONTIANAK ,KALIMANTAN BARAT,INDONESIA TANDATANGAN MOU ANTARA SK TEBEDU SARAWAK MALAYSIA DAN SD ISLAM AL AZHAR 21 PONTIANAK INDONESIA

Sambutan Hari Guru SK Tebedu 2015

Image
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Tebedu telah diadakan pada 18hb May 2015. Tema Hari Guru tahun ini ialah "GURU MEMBINA MENYEMPURNAKAN AKHLAK".Pelbagai acara telah dilaksanakan bagi memeriahakan majlis sambutan hari guru tahun ini, antaranya adalah sukaneka antara guru dan staf, penyampaian hadiah peserta, persembahan para guru, dan gimik perasmian.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Image
Semua warga SK Tebedu dijemput untuk sama-sama mengambil bahagian dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Program ini diadakan bertujuan menyahut seruan dan menyatakan sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam melaksanakan program ini di setiap peringkat institusi / organisasi masing-masing. Aktiviti ini mengajak tuan/puan untuk meluangkan masa membaca sebarang bahan bacaan (buku, majalah, suratkhabar) selama 10 minit bermula dari jam 10.00 pagi - 10.10 pagi.

VISI DAN MISI SK TEBEDU SERIAN

Image

MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS SELAMAT DATANG GURU BARU

Image
Majlis ini adalah bertujuan untuk mengingati segala jasa baik dan pengorban cikgu dayang roswita dan dan cikgu affizan eady selama berkhidmat sebagai guru di SK Tebedu. Beliau banyak mencurah segala ilmu yang ada demi anak bangsa agar menjadi pelajar yang cemerlang dimasa akan datang. Cikgu dayang Roswita telah berpindah ke sekolah baru iaitu SK Serian, manakala Cikgu Affizan Eady telah berpindah ke sekolah baru iaitu SK Lebur Remun. Kami warga SK Tebedu tidak pernah sesekali melupakan jasa baik dan pengorbanan beliau sehingga akhir hayat kami. "Semoga Maju Jaya". Selain itu Majlis ini juga adalah majlis perpisahan buat guru praktikum dari IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK , Kota Samarahan. kesemuanya ada lima orang guru dihantar ke SK Tebedu anataranya spt En.Shukrie (opsyen Pendidikan Jasmani) , En.Andy ( Opsyen Pendidikan Jasmani), Cik.Vivi Aisyah( Opsyen BM ), Cik Anita( Opsyen BM )dan Cik Siti Zaharah ( Opsyen BM ). Segala Usaha , ilmu yang dicurah oleh cikgu semua kepada p...
Image
www.laketechfireacademy.com The following text will not be seen after you upload your website, please keep it in order to retain your counter functionality ireel.com

MAJLIS TAUTAN KASIH 2013

Image

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013 PERINGKAT DAERAH SERIAN

Image
JUARA 2 TAHUN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013 26 Januari 2013/ 1434H ( Sabtu ) seramai 35 orang peserta muslim antaranya murid-murid, guru-guru dan staf sokongan SK Tebedu telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di Stadium Mini Serian, Sarawak. Bermula nya program pada pukul 7.30 Pagi dan Semua peserta yang mengambil bahagian berkumpul di dalam perkarangan stadium Mini Serian. Sebanyak 40 penyertaan antaranya agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang terlibat.
Image
Image
Myspace Backgrounds

Pasarana di SK Tebedu

Image
SK Tebedu mepunyai dua buah blok bangunan akademik yang melibatkan Kelas tahun satu sehingga tahun enam, kelas Pendidikan Agama Islam, kelas J-qaf, Pusat Sumber Sekolah, Kelas Pemulihan dan Pusat Akses Internet. Manakala terdapat juga Dewan Serbaguna yang di gunakan sebagai Dewan makan bagi murid asrama, Makmal Komputer, 2 buah bangunan baru, Kelas Pendidikan Khas, dua buah Kelas Pra Sekolah, dua buah Asrama murid, empat unit Rumah Guru, Sebuah Rumah Guru Besar, Sebuah Setor untuk peralatan, padang untuk aktiviti luar dan sebagainya. Ini adalah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk memudahkan para pendidik di SK Tebedu untuk menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan dan selesa untuk anak-anak didiknya. Dengan adanya kemudahan seperti ini SK Tebedu mampu menjadi sebuah sekolah yang boleh bersaing potensi di antara sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dari segi Kurikulum mahupun Kokurikulum.

UCAPAN GURU BESAR

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Website SK Tebedu. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana diberi penghormatan untuk memberikan sepatah dua kata di dalam website Sk Tebedu. Sebenarnya saya sangat berbangga dan gembira kerana sekolah Sk Tebedu ini mempunyai Website Sekolah tersendiri yang tidak semua sekolah memilikinya. Kedudukan dan pasarana sekolah yang strategik dan menarik mampu menarik minat murid untuk meningkatkan prestasi didalam akademik mahupun ko-kurikulum. Kemudahan yang disediakan di sekolah ini amat lengkap dan bilangan kelas yang mencukupi mampu memberikan perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Tambahan pula barisan guru yang berpengalaman dan mempunyai keistimewaan serta kelebihannya yang tersendiri. Di sekolah Sk Tebedu ini mempunyai guru yang mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam dunia ICT lebih-lebih lagi yang melibatkan internet dan perisian data didalam PC. Selain daripada itu juga struktur bangunan ...

UCAPAN GURU PENYELARAS

Image
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, SK Tebedu telah berjaya mewujudkan halaman blog yang boleh dijadikan sebagai satu kejayaan dan peningkatan kita didalam dunia ICT. Selain daripada itu dengan adanya halaman blog ini mampu mempromosikan SK Tebedu di seluruh negara Malaysia. Berkat kegigihan dan usaha semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung saya ucapkan jutaan terima kasih terutama sekali kepada Guru Besar SK Tebedu Encik Osman Bin Bujang yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan Pembantu saya Encik Azim Bin Riffin ( Juruteknik ) dalam Unit ICT Sekolah untuk menghasilkan halaman Blog SK Tebedu. Di dalam halaman blog SK Tebedu ini pelbagai ruangan yang disediakan teruatama sekali kepada Ruangan Perkongsian Ilmu untuk guru-guru. Para Pelajar juga melihat ilmu tambahan yang terdapat didalam ruangan perkongsian ilmu yang akan di ubah suai mengikut keadaan semasa. Ruangan laporan aktiv...

KEMUDAHAN

Image
Pejabat/Bilik Guru Bilik Guru dan Bilik Pejabat pusat sekolah yang menjadi induk kepada pengurusan dan komunikasi diantara guru-guru, kakitangan sokongan dan para pentadbir sekolah. Komunikasi yang berkesan adalah berasal dari persefahaman di antara satu sama lain. Justeru itu Pejabat pentadbiran dan bilik guru di gabungkan menjadi satu di dalam satu bumbung. Keadaan Luaran Bilik guru/Pejabat adalah sesuai dengan keadaan dan situasi kerana berdekatan dengan blok akademik dan kawasan aktiviti KK di mana ianya berada di tengah-tengah tapak sekolah. Kelengkapan yang ada di dalam bilik guru adalah 2 buah komputer di mana satu unit untuk pembantu tadbir dan satu unit penggunaan guru dan staf sokongan. Disamping itu juga hampir semua guru di beri hak untuk menggunakan Laptop. Ruang rehat dan Coffee Club juga adalah salah satu kemudahan yang ada di dalam bilik guru supaya guru dapat menjalankan tugas dengan semangat dan santai. Dengan kemudahan yang telah di sediakan, SK Teb...